TEMPAT MENARIK DI JOHOR

                   Tempat Menarik di Johor

 

 senarai-tempat-menarik-di-johor

1. Muzium Diraja Abu Bakar – Bangunan berseni bina menakjubkan ini siap pada tahun 1866. Ia ditauliahkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dan turut dikenali sebagai Istana Besar Johor.
Dibina mengikut gaya Renaissance, bangunan ini dibina oleh orang tempatan dibawah seliaan seorang arkitek Eropah. Perabut di dalam istana dibuat di England dan ditempah oleh Almarhum Sultan Abu Bakar dalam tahun 1866.
Istana ini dijadikan Muzium Diraja Abu Bakar dalam tahun 1982. Hari ini, ia masih digunakan sebagai tempat untuk majlis rasmi dan keraian negeri.
Anda boleh saksikan serba-sedikit kehidupan keluarga diraja melalui barang-barang perak, perhiasan serta cenderahati yang dipamerkan di muzium. Terdapat juga gambar-gambar keluarga diraja sejak dari pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Lawati muzium ini hari ini untuk mengetahui perjalanan sejarah keluarga diraja Johor. Muzium dibuka Sabtu hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

 2. Gunung Ledang 

Image result for gunung ledang
Gunung ledang merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak ,Johor Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan Melaka. Dengan ketinggian 1276 meter .Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera Indonesia dengan jelas.

 3.  Pantai Desaru
Image result for pantai Desaru

Pantai Desaru merupakan  Tempat peranginan di Johor yang popular di kalangan warga JB dan juga Singapura. Mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti main jetski, parasailing dan naik kereta kuda juga turut tersedia




 

Comments

Popular posts from this blog

Tempat menarik di Melaka