Barang penting ketika travel
Barang – Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti. Korang pasti teruja kan bila nak bercuti, namun dalam keterujaan tu kadang-kadang ada saja perkara yang sering terlupa dan tertinggal. Percutian yang menyenangkan dan berjalan lancar pasti saja meninggalkan kesan kenangan yang indah. Namun kurangnya persiapan, percutian yang sepatutnya menjadi hebat pasti menjadi hambar. Jadi kali ini aku nak kongsikan sedikit tip bersama korang apa yang perlu dan tidak dibawa ketika beruci nanti.
1. Salinan Dokumen
Pastikan korang membuat salinan pada setiap dokumen-dokumen penting seperti passport, dan MyKad. Ini penting kerana jika anda kehilangan dokumen asal salinan ini dapat memebati jika ada hal kecurian atau keciciran berlaku.
CHECK LIST:
- Visa
- Passport
- Kad Pengenalan Diri
- Tiket
- Lesen Memandu Antarabangsa
- Kad kredit
- Insurans
- Peta
- Salinan Nombor telefon kecemasan
2. Barang Peribadi
Kalau boleh korang asingkan semua barang-barang berharga seperti duit, kad kredit dan kad bank korang ke satu tempat lain yang selamat selain dompet. Ini penting kerana jika berlaku kehilangan dompet setidaknya korang tidak kehilangan smeua barang yang berharga yang ada.
Selain tu pastikan juga barang keperluan yang memang anda perlukan seperti cermin mata, lens, jam, kunci, telefon bimbit diletakkan di satu tempat yang sama.
CHECK LIST:
- Duit,
- Kad ATM
- Kad Kredit
- Cermin mata
- Lens
- Jam
- Kunci
- Dompet
- Telefon Bimbit.
3. Barangan Penjagaan Diri
Barang keperluan penjagaan diri adalah amat pentinguntuk dibawa dan biasanya lelaki selalu terlepas pandang part ni. Alatan asas seperti berus gigi, pencuci muka, ubat gigi, deodoran, syampu dan pencukur adalah barang yang perlu di bawa. benda ni selalunya aku mesti terlupa untuk bawa. Jangan lupa sunblock jika bercuti di tempat yang panas. Lebih senang korang bawalah pek mini untukkorang gunakan sepanjang percutian.
CHECK LIST:
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Pencuci Muka
- Syampu
- Deodoran
- Set Pencukur
- Sun Block
- Tisu
- Lip Balm
- Pewangi
4. Pakaian
Jika percutian korang tidak melebihi seminggu, pastikan korang membawa kemeja-T secukupnya. Bawa juga sehelai sweater berserta seluar Jean dan seluar pendek. Seluar dalam jenis boxer lebih sesuai bagi lelaki jika ingin bercuti. Namun bawa juga brief bagi kesesuaian jenis seluar. Cukup sekadar sepasang kasuttahan lasak atau sneakers dan selipar jenis flip flop untuk dibawa.
CHECK LIST:
- Kemeja T
- Kemeja
- Sweater
- Jeans
- Seluar Pendek
- Boxer/Brief
- Kasut
- Selipar Flip Flop
5. Kesihatan
bagi korang yang mempunyai masalah yang mempunyai masalah kesihatan atau alergi, pastikan segala ubatan yang korang perlukan dipek didalam sebuah bekas khas. Ingat apabila becuti pelbagai kemungkinan berlaku.
CHECK LIST:
- First-aid kit mini
- Inhaler (bagi yang ada asthma)
- Paracetamol
- Pain Killer
- Vitamin tambahan
- bekas pil
Ni adalah sedikit tip yang aku selalu guna pakai bila nak travel tak kiralah kat luar negara atau dalam negara yang penting ianya memang sangat membantu aku…
Comments
Post a Comment